Monday, December 29, 2008

Jejak Perantau

Selepas mengunjungi Kuantan, saya meneruskan pula jejak perantau ke Johor. Dlm perjalanan saya singah di Endau berhenti makan dan solat. saya berhenti di jeti Tg. Gemok dan ketika makan saya terlihat ramai orang yang basah kuyup baru pulang dari pantai. saya pun cuba beramah mesra dgn pakcik tersebut dan menayekan ape yg dibawa dalam bakul motornya. pakcik tersebut memberitahu "kepah". banyak ker? banyak ... jwb pakcik tersebut. cari di mane. di Tg. Phg. ooo jwb saya.
saya pun berfikir bahawa dlm musin tengkujuh ni pun, rezeki Allah tak pernah putus kepada hambanye. cume kita hanya perlu berusaha dan bertawakal kepadanya.
saya pun membuat keputusan untuk bermalam di Endau kerana berdasarkan penjelasan pakcik tersebut esok boleh cari lagi nak (29.12.2008). dan sy meminta pakcik tersebut membawa ke tempat itu keesokkannye.
keesokkannye sy pun pergilah mencari kepah bersame pakcik tersebut. dan ape yg dikatakan oleh pakcik tersebut memang benar, kepahnye cukup byk. saya shj walaupun tidak pakar mencarinye berjaya mendapat hampir 3 karung plastik beras 10 kg dlm masa 2 jam.
pengajaran yg dapat simpulkan di sini bhw bumi Malaysia ni cukup indah, mewah rezekinya tetapi sygnye pentadbirannya dikuasai oleh glgn yg tamak haloba, besar nafsunya, menggila kroninye dan rakus tindaknnye.

Friday, December 26, 2008

Melayu oh Melayu?

Selepas solat Jumaat saya bersama kawan saya pergilah ke satu tempat yang boleh dikatakan sebagai mini zoo di bandar kuantan. maklum cuti-cuti malaysia katakan. sambil menziarah sahabat di pantai timur dan atas ajakan sahabat baik sy bersetuju utk melawat mini zoo berkenaan.
Malangnya si melayu yang berpacaran ini tanpa segan silu duduk berdua-duaan sambil pegang sana dan pegang sini bergurau senda di atas bangku yg disediakan oleh pihak majlis perbandaran.
Saya cuba juga mencari watak-watak haiwan takut-takut ke ade yg berpacaran seprti melayu tsbt namun haiwan pun reti bahasa dgn kedatangan pelawat.
Pas nak laksanakan hukum hudud dipermainkan. Sudahlah UMNO jgnlah lagi cuba mempolitikkan hukum Allah kalau UMNO beranggapan hukum hudud PAS itu tak menepati hukum Islam, Umno cdgkanlah HUKUM HUDUD UMNO yg menepati hukum ISLAM. Barulah namanye kritikan membina.
Itu baru di Kuantan, bandar yg belum jd bandaraya pun sudah ader anak melayu yg tak segan silu "buat projek ringan-ringan" apatah lagi bandar raya yg lain di Malaysia? Bak kata nabil " Lu fikirlah sendiri wahai Ulama-ulama UMNO.

Sunday, November 30, 2008

POLEMIK KETUANAN MELAYU?

Mutakhir ini, polemik tentang ketuanan melayu semakin kuat dipalu oleh UMNO. Akhbar Utusan Melayu yang memang dimiliki oleh UMNO kuat memainkan isu ini dalam menarik sentimen orang Melayu dalam mempertahankan ketuanan Melayu ini. Tup-tup akhirnya skrip terakhir akan dipaparkan ialah UMNO penyelamat atau parti yang mempertahankan ketuanan Melayu di Malaysia. Perkara ini sengaja diperbesarkan dalam usaha mengalih isu ekonomi, isu minyak dan isu politik wang dalam UMNO itu sendiri.

Retorik ini memang sengaja dilagukan bagi menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang amat kuat 'assabiah kemelayuannya'. Golongan ini ada dalam UMNO, PAS dan PKR itu sendiri. Mereka ini bolehlah kita kategorikan sebagai golongan Melayu 'totok'. Akhirnya pihak yang kecewa dengan parti masing-masing akan melahirkan perasaan kecewa terhadap dasar dan panji perjuangan parti terutamanya parti PAS dan PKR yang akhirnya akan melihat UMNO yang 'pure' perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu. Hal inilah yang diidamkan oleh UMNO supaya orang-orang Melayu tersebut jadi berbolak-balik hatinya terhadap perjuangan parti masing-masing.

Menurut Yang Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, ketuanan Melayu sebenarnya merujuk bahawa orang Melayu itu sebenarnya mempunyai tuan iaitu rakyat raja Melayu . Perkara ini jelas dan saya memang menyokong pendapat dan pandangan baginda. Masalah mula timbul apabila kaum lain melihat 'ketuanan Melayu' ini seolah-olah orang Melayu yang berkuasa sepenuhnya ke atas Malaysia ini. Hal ini bertambah kalut lagi orang Melayu pun merasakan sedemikian. Perkara ini sebenarnya akan menjadi reda dan baik apabila rakyat Malaysia ( Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum ) memahami dan faham bahawa isu ketuanan Melayu ini telah dimaktubkan dalam perlembagaan( hak istimewa orang Melayu) begitu juga dengan hak-hak kaum lain dijamin oleh perlembagaan persekutuan dan sebarang pindaan mestilah mendapat kelulusan 2/3 undi dari parlimen dan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja Melayu.

Justeru, jelas di sini bukan senang hendak menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu (ketuanan Melayu) dan begitu juga hak-hak kaum lain yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Jadi saya berharap agar pihak-pihak yang berkepentingan janganlah mempermainkan isu ini atau cuba menjadi hero dalam isu ketuanan Melayu kerana ianya sudah jelas termaktub dalam perlembagaan dan begitu juga dengan hak-hak kaum lain. Harapan saya orang-orang Melayu yang 'totok' janganlah cepat melatah dan begitu juga dengan kaum lain kerana ini bukan caranya berpolitik di Malaysia pada zaman moden sekarang kerana rakyat Malaysia sudah pandai menilai mana yang realistik dan mana yang sekadar propaganda semata-mata.

Kesimpulannya. UMNO seharusnya berhenti memainkan isu ini dan kepada MCA ( CHUA SOI LEK) bukan ini cara untuk menarik sokongan orang Tionghua untuk menyokong parti MCA kembali. Sebaliknya gunalah cara yang bermaruah, bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam berpolitik dalam negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia. HIDUP MALAYSIA!!!!!!!

Thursday, November 20, 2008

Apa Dah Jadi?

Kemelut pemilihan ketua wanita UMNO akhirnya terungkai apabila Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Sharizat Jalil akhirnya keluar daripada bayang-bayang si nenek tua yang tak sedar diri dari Kuala Kangsar.

Lucunya sebelum ini, beria-ria Sharizat setuju dengan cadangan nenek tua kerepot tu. Tup-tup hari ni dah nak cabar pulak. Apa dah jadi? Dah dapat 'green light' dari orang atas ke? Nak salahkan Sharizat pun tak boleh sebab liat sangat nenek tua tu nak 'berambus' secara terhormat. Ego diri terlalu tinggi? Tapi kali ini helah sakit kaki ker, buat pembedahan lutut ker dan lain-lain lagi belum muncul lagi. Apa helah nenek tua kali ini ingin lari dari pertanyaan wartawan. Saya nak cadangkan kepada nenek tua tu buatlah alasan yang 'power' sikit seperti sakit barah payu dara ker, atau kanser pangkal rahim ker, kot-kot dapat simpati daripada orang ramai dan konco-konco wanita UMNO yang dah "Expired"

Natijahnya, kita akan dapat melihat pertembungan anak didik dengan tok guru. Tapi dalam kes ini nak kata anak murid melawan tok guru pun tak boleh sebab tok guru ini jenis tak reti dengan isyarat akar umbi supaya dia berundur. Umum akan melihat ini sebagai satu budaya politik UMNO yang tak relevan lagi dengan peredaran masa dan zaman. Selaku ahli UMNO, saya sebenarnya naik malu dengan telatah nenek tua yang tak sedar diri ni.

Akhir mukadimah saya ingin melontarkan satu ungkapan yang sesuai untuk UMNO renungkan iaitu "Dulu ramai orang bangga dengan UMNO tapi kini ramai orang malu hendak mengaku menjadi ahli UMNO" . Fikir-fikirkanlah.