Thursday, November 20, 2008

Apa Dah Jadi?

Kemelut pemilihan ketua wanita UMNO akhirnya terungkai apabila Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Sharizat Jalil akhirnya keluar daripada bayang-bayang si nenek tua yang tak sedar diri dari Kuala Kangsar.

Lucunya sebelum ini, beria-ria Sharizat setuju dengan cadangan nenek tua kerepot tu. Tup-tup hari ni dah nak cabar pulak. Apa dah jadi? Dah dapat 'green light' dari orang atas ke? Nak salahkan Sharizat pun tak boleh sebab liat sangat nenek tua tu nak 'berambus' secara terhormat. Ego diri terlalu tinggi? Tapi kali ini helah sakit kaki ker, buat pembedahan lutut ker dan lain-lain lagi belum muncul lagi. Apa helah nenek tua kali ini ingin lari dari pertanyaan wartawan. Saya nak cadangkan kepada nenek tua tu buatlah alasan yang 'power' sikit seperti sakit barah payu dara ker, atau kanser pangkal rahim ker, kot-kot dapat simpati daripada orang ramai dan konco-konco wanita UMNO yang dah "Expired"

Natijahnya, kita akan dapat melihat pertembungan anak didik dengan tok guru. Tapi dalam kes ini nak kata anak murid melawan tok guru pun tak boleh sebab tok guru ini jenis tak reti dengan isyarat akar umbi supaya dia berundur. Umum akan melihat ini sebagai satu budaya politik UMNO yang tak relevan lagi dengan peredaran masa dan zaman. Selaku ahli UMNO, saya sebenarnya naik malu dengan telatah nenek tua yang tak sedar diri ni.

Akhir mukadimah saya ingin melontarkan satu ungkapan yang sesuai untuk UMNO renungkan iaitu "Dulu ramai orang bangga dengan UMNO tapi kini ramai orang malu hendak mengaku menjadi ahli UMNO" . Fikir-fikirkanlah.

No comments: