Tuesday, January 27, 2009

Bijaknya UMNO

Semua orang tahu bahawa kemasukan ADUN Bota ke dalam PKR menyebabkan UMNO umpama ayam berak kapur dek kepanasan. Namun semua ini bagi saya sebagai excapism UMNO yang mensensasikan berita ini kerana harus diingat selepas tTahun Batu Cina ini harga gula akan naik. Hai ini yang patut rakyat jelata fikirkan bukan hal seorang ADUN BN masuk PKR. Sebabnya di perak BN bukannya berkuasa. Apa yang nak kecoh sangat. kata orang tak jadi kudis gatal pun kerana UMNO Perak memang nak mampus pun.

Harga gula naik selepas Tahun Baru Cina?

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat.

"Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru di sini hari ini.

Shahrir berkata, pengumuman kemungkinan harga gula dinaikkan selepas Tahun Baru Cina tidak menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan bahan itu.

Setakat ini, katanya, beliau hanya menerima aduan mengenai masalah itu di Sabah namun ia telah diatasi.

Sebelum ini, Shahrir mengumumkan, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu meningkat di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, 80 hingga 90 peratus bekalan gula negara adalah dari luar negara dan kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lalu.

Kontrak baru meletakkan harga yang lebih tinggi daripada kontrak lama.

Justeru, jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kerajaan terpaksa memberi subsidi untuk barangan itu.

Jika diteliti daripada berita di atas berbagai kesimpulan dapat dibuat;

1. Kerajaan BN nak tunjuk bahawa mereka prihatin kepada rakyat kerana nak kaji.

2. Kerajaan BN nak tunjuk bahawa mereka banyak bagi subsidi kepada rakyat Malaysia.

3. Kerajaan BN ( Bahan Neraka ) memang nak menggugut rakyat bahawa jika berterusan rakyat menolak mereka maka rakyat akan diberi pengajaran.

No comments: