Wednesday, April 1, 2009

Bengkel Kencing

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang saya boleh katakan kepada seorang sahabat saya apabila beliau mengalami kemalangan di kilometer 120 Jln. Segamat- Kuantan pada 26 Ogos 2008. Pepatah ini biasa kita dengar apabila membicarakan tentang musibah yang diterima oleh seseorang. Dalam kes sahabat saya, pepatah ini boleh ditambah iaitu " sudah jatuh ditimpa tangga dan muka tersemban ke tahi lembu". Mengapa saya menggunakan pepatah berkenaan kerana apa yang menimpa kepada sahabat saya memang menyedihkan dan menyakitkan hati. saya lebih tertarik kepada hal yang menyakitkan hati. Ceritanya begini, kereta sahabat saya telah ditarik ke sebuah bengkel di Semambu yang bernama Kam Seng. Malangnya bengkel ini menggunakan lesen orang yang bernama "Pesat Auto Sdn. Bhd" saya tak pasti pesat ini merujuk kepada perkataan pusat atau memang pesat kerana sahabat saya menyatakan Pesat.

Perkara biasa semua bengkel akan berjanji manis dengan 'owner' kereta bahawa kereta akan diperbaiki secepat yang mungkin dan sahabat saya dijanjikan kalau tak ader masalah sebelum raya puasa boleh siap.
Seterusnya apa yang berlaku sehingga nak hari raya 2 minggu kereta baru dibuka dan tak dibuat apa-apa. seterusnya kene bayar RM400 kerana terpaksa 'test' semula body dengan JPJ dan PUSPAKOM. Kam Seng kata insurans tak lindungi bahagian ini. telefon pegawai insurans kata bengkel tak 'Claim'.
Dipendekkan cerita pentengahan bulan 12, barulah kereta dapat keluar dari bengkel tersebut setelah dua kali tertangguh kerana 'owner' tak puas hati dengan barang yang ditukar kerana kereta belum 5 tahun sepatutnya semua alat ganti masuk yang 'ori'.
lantaran itu 'owner kereta bertekak tentang bayaran RM 400 itu dan kedai itu memulangkannya dengan terpaksa membuat surat akuan bersumpah tak akan menuntut apa-apa jika berlaku apa-apa kesulitan terhadap penjualan kereta tersebut kelak. Masa ambik tak buat pun surat perjanjian. kata nak bayar 'runner' dua bulan dapat settle tarikh dikira dari kereta masuk bengkel. tup-tup 3 bulan tak bergerak pun borang ke JPJ Putra Jaya.
Sahabat saya pun cuba berurusan dengan JPJ di Kuantan, malangnya JPJ Kuantan kata kena sertakan gambar dan laporan kerosakan dan pembaikan yang dibuat oleh bengkel. Sahabat saya pergi ke bengkel dan seperti sedia maklum kalau berurusan dengan Orang Cina kene ingat mereka hanya melayan kita dengan baik jika mereka mempunyai kepentingan dengan kita kalau tidak ada kepentingan dia buat tak layan sahaja. Walaupun pada peringkat awak sahabat saya hantar kereta mereka kata kalau nak buat sendiri urusan tersebut dia boleh sertakan sebarang dokumen yang berkaitan.
Selepas lebih kurang 3 bulan kereta sahabat saya mula bermasalah. wiring lampu terbakar hangus hingga menyebabkan berasap keretanya pada Isnin 16 mac yang lalu. setelah diperbaiki hangus lagi duit sahabat saya RM 255 kerana terpaksa 'wiring baru bagi lampu depan dan belakang.
Begitulah cerita sahabat saya dengan panjang lebar kepada saya kerana rasa terkilan dan geram kepada Bengkel Kam Seng tersebut. Tujuan saya menulis cerita ini bukanlah untuk menjatuhkan reputasi bengkel tersebut tetapi sekadar luahan rasa seorang sahabat yang perihatin kepada sahabat nya .

No comments: