Wednesday, April 1, 2009

"Berakhirnya Era Pak Lah"

Semua maklum bahawa 'rumors' kuat menyatakan bahawa Pak Lah akan mengadap YDPA pada hari esok dan pada 3 April 2009, Jumaat bersamaan 7 Rabiul awal akan berlakunya peralihan kuasa kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.
Bagi saya saya melihat perkara ini sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Memanglah Pak Lah dikatakan lemah dalam mentadbir negara, tidak tegas kepada pembangkang dan terlalu berlembut dengan kaum lain tetapi apa yang rakyat Malaysia lupa bahawa Pak Lah telah meletakkan Malaysia berada dalam landasan yang menuju kebebasan demokrasi yang sebenarnya.
Tahniah Pak Lah, jasamu dikenang, budimu kusanjung walaupun orang UMNO mula melupakanmu.
Orang UMNO lupa pelbagai soalan perlu ditanya iaitu :

1. Adakah DSNTAR akan membawa UMNO kembali kukuh seperti sebelumnya. (ada jaminan)
2. Benarkah masalah UMNO akan selesai setelah DSNTR memimpin parti itu.
3. Orang Melayu (orang muda) akan kembali meyokong UMNO setelah DSNTAR menjadi Presiden Umno dan PM.

Pengamatan saya sebagai ahli UMNO ialah kegagalan orang muda menyokong UMNO kerana sayap pemuda selama dipimpin Hishammuddin tidak berfungsi malah lemah longlai selonglai Hishammuddin. janganlah menuding jari kepada Pak Lah kerana golongan tua memang setia kepada UMNO selama di bawah Pak Lah. Masalahnya Pemuda UMNO gagal berfungsi baik dan ruang yang kosong lantas disentap dan diterobosi dengan inteletualnya kepimpinan pemuda Pakatan Rakyat. Kalau ada pun orang muda yang menyokong tanya dengan ikhlas kata mereka " hanya nak cari makan".

Akhir kata, selamat jalan Pak Lah, Kau tetap kusanjung kerana gelaran yang sesuai diberi ialah Pak Lah " Bapa Perintis Demokrasi Tulen Malaysia"

No comments: