Tuesday, December 15, 2009

Malaysia Ku Tercinta

Sudah lama hamba tidak menulis di ruangan blog ini. Kesuntukan masa dan ketumpulan idea menyebabkan hamba menyepi seketika. Mutakhir ini bila isu BTN menjadi hangat, rasa terpanggil ingin menulis pun datang tetapi kerana kesibukan masa dan urusan yang tak pernah selesai maka hamba pun teralpa seketika.
Bagi hamba isunya ialah mahu pinda dan tidak mahu pinda. Itu sahaja. permainan Nazri aziz dan Mahdey amat licik sekali. Juak-juak penentang dan penyokong rase syok bile dua orang ini berbalah dalam media. Strategi BN menjadi bile rakyat alpa seketika tentang masalah sebenar dalam negara pada ketika ini. Masalahnya ialah kuasa membeli rakyat semakin menurun. Dengan perkataan lain ialah barang semakin naik. Permainan politik Bn berjaya meliburkan rakayat daripada isu sebenar yang berlaku pada ketika ini. Isu MCA nya, Isu PKFZ dan sebagainya.
Nampaknya rakyat Malaysia masih lagi terpengaruh dengan permainan isu oleh pihak BN. Isu sebenar ialah bagaimanakah rakyat ingin terus melayari kehidupan pada tahun depan apabila semua barang akan melambung harganya. Fikir-fikirkan lah.

No comments: