Mutakhir ini, polemik tentang ketuanan melayu semakin kuat dipalu oleh UMNO. Akhbar Utusan Melayu yang memang dimiliki oleh UMNO kuat memainkan isu ini dalam menarik sentimen orang Melayu dalam mempertahankan ketuanan Melayu ini. Tup-tup akhirnya skrip terakhir akan dipaparkan ialah UMNO penyelamat atau parti yang mempertahankan ketuanan Melayu di Malaysia. Perkara ini sengaja diperbesarkan dalam usaha mengalih isu ekonomi, isu minyak dan isu politik wang dalam UMNO itu sendiri.
Retorik ini memang sengaja dilagukan bagi menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang amat kuat 'assabiah kemelayuannya'. Golongan ini ada dalam UMNO, PAS dan PKR itu sendiri. Mereka ini bolehlah kita kategorikan sebagai golongan Melayu 'totok'. Akhirnya pihak yang kecewa dengan parti masing-masing akan melahirkan perasaan kecewa terhadap dasar dan panji perjuangan parti terutamanya parti PAS dan PKR yang akhirnya akan melihat UMNO yang 'pure' perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu. Hal inilah yang diidamkan oleh UMNO supaya orang-orang Melayu tersebut jadi berbolak-balik hatinya terhadap perjuangan parti masing-masing.
Menurut Yang Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, ketuanan Melayu sebenarnya merujuk bahawa orang Melayu itu sebenarnya mempunyai tuan iaitu rakyat raja Melayu . Perkara ini jelas dan saya memang menyokong pendapat dan pandangan baginda. Masalah mula timbul apabila kaum lain melihat 'ketuanan Melayu' ini seolah-olah orang Melayu yang berkuasa sepenuhnya ke atas Malaysia ini. Hal ini bertambah kalut lagi orang Melayu pun merasakan sedemikian. Perkara ini sebenarnya akan menjadi reda dan baik apabila rakyat Malaysia ( Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum ) memahami dan faham bahawa isu ketuanan Melayu ini telah dimaktubkan dalam perlembagaan( hak istimewa orang Melayu) begitu juga dengan hak-hak kaum lain dijamin oleh perlembagaan persekutuan dan sebarang pindaan mestilah mendapat kelulusan 2/3 undi dari parlimen dan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja Melayu.
Justeru, jelas di sini bukan senang hendak menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu (ketuanan Melayu) dan begitu juga hak-hak kaum lain yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Jadi saya berharap agar pihak-pihak yang berkepentingan janganlah mempermainkan isu ini atau cuba menjadi hero dalam isu ketuanan Melayu kerana ianya sudah jelas termaktub dalam perlembagaan dan begitu juga dengan hak-hak kaum lain. Harapan saya orang-orang Melayu yang 'totok' janganlah cepat melatah dan begitu juga dengan kaum lain kerana ini bukan caranya berpolitik di Malaysia pada zaman moden sekarang kerana rakyat Malaysia sudah pandai menilai mana yang realistik dan mana yang sekadar propaganda semata-mata.
Kesimpulannya. UMNO seharusnya berhenti memainkan isu ini dan kepada MCA ( CHUA SOI LEK) bukan ini cara untuk menarik sokongan orang Tionghua untuk menyokong parti MCA kembali. Sebaliknya gunalah cara yang bermaruah, bertanggungjawab dan berakauntabiliti dalam berpolitik dalam negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia. HIDUP MALAYSIA!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment