Thursday, January 22, 2009

Membanteras katanya!!!

Hari ini di skrin-skrin tv berita dengan gahnya UMNO yang dipimpin oleh timbalan
Jeneralnya menwara-warakan tentang seriusnya kerajaan untuk membanteras rasuah politik.
bunyinya amat melunakkan namun apabila kita melihat pemimpin-pemimpin yang didakwa adalah semuanya anak bilis belaka.
Persoalan mulai timbul dibenak orang marhaen seperti saya ini seolah-olah timbalan jeneral ini mula hendak mempamerkan kepada orang ramai bahawa SPRM ini mula berfungsi seperti yang dikehendaki namun skrip lama seakan dilakonkan kembali kepada tatapan rakyat.
Jika inilah perubahan yang hendak dibuat petanda jelas menunjukkan UMNO akan memang tak pernah berubah dan tak akan berubah sinonim dengan slogannya "UMNO kini dan selama-lamanya.

No comments: